December 27, 2010

Pembelajaran 3D (tiga dimensi) di sekolah?Biar betul..

Mengapa kita tidak mengambil kesempatan ini,
menjadikan pendidikan untuk mereka lebih menyeronokkan?

Belajar secara 3D untuk pelajar sekolah, banyak kelebihannya. Antaranya:

1. Memotivasikan pelajar untuk belajar dengan lebih menyeronokkan
2. Memberi peluang kepada pelajar mengeluarkan idea kreatif mereka
3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan pantas dan mudah
4. Melatih pelajar untuk menjadi pencipta/ pereka
5. Pelajar belajar lebih natural dan berkesan
6. Meningkatkan minat terhadap pembelajaran mereka
7. Meningkatkan daya saing

KENAPA GUNA 3D GOOGLE SKETCHUP DAN GOOGLE EARTH UNTUK PENDIDIKAN?

  1. Mesra pengguna, boleh digunakan oleh pelajar dan tenaga pengajar.
  2. Mudah dan cepat untuk belajar
  3. Boleh memuat turun hasil 3D sedia ada sumbangan pengguna seluruh dunia dari internet.
  4. Melihat dunia secara 3D dengan Google Earth dan merasai seperti dunia realiti.
  5. Menonjolkan pelbagai sudut pandangan. Model kelihatan seperti realiti.
    Boleh memasukkan hasil 3D ke dalam dunia sebenar (Google Earth)dengan saiz sebenar.
  6. Google Sketchup boleh membuat animasi yang boleh digunakan untuk pembentangan sesuatu subjek/ projek
  7. Pelajar dan guru bebas untuk membuat apa sahaja bentuk (modelling) terutama untuk rujukan bahan ilmiah seperti keratan rentas jantung, lapisan kulit dan sebagainya.
  8. Melibatkan pergerakan (motion) animasi model dan pandangan kamera yang menarik perhatian.

Sungguh banyak kelebihan jika kita melaksanakan pembelajaran secara 3D ini.


Tetapi sebelum itu, anda perlu mempelajari dan memahami penggunaan perisian ini. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.

--->http://www.3duntuksemua.com