Showing posts with label ebook. Show all posts
Showing posts with label ebook. Show all posts

August 15, 2011

Ebook Deko Perabot sudah terbit!

Ebook mengenai dekorasi sudah terbit! Dengan fokus kepada bagaimana memilih dan membeli perabot yang berkualiti untuk kediaman anda.

Bab yang terdapat dalam ebook ini

BAB 1 : Sebelum Membeli Perabot
Perkara-perkara yang perlu kita  ketahui sebelum membeli perabot. Jika tidak melakukan perkara ini, anda pasti akan mengalami kerugian dan pelbagai masalah lain yang bakal anda hadapi.

BAB 2 : 10 Kesilapan Apabila Membeli Perabot

Dalam bab ini anda akan didedahkan mengenai sepuluh kesilapan utama yang selalu pembeli lakukan apabila ingin membeli perabot.

BAB 3 : Sofa Pengikat Silaturrahim

Tempat yang penting dalam kediaman adalah ruang tamu. Sebuah tempat untuk keluarga dan tetamu berkumpul dan beramah mesra. Tetapi, kalau sofa tidak  selesa pasti hendak berborak pun susah.

Dalam bab ini, anda akan ditunjukkan bagaimana mengenali sofa berkualiti dan bentuk sofa yang sesuai dengan konsep kediaman anda.

BAB 4 : Set Meja Makan

Ruang makan merupakan tempat menjamu tetamu dan merasa masakan enak bersama seisi keluarga.
 
Oleh itu, pemilihan meja dan kerusi makan perlu dibeli berdasarkan tujuan ruang makan anda. Ingin tahu apa itu mix dining chair ?

BAB 5 : Katil Bahtera Mimpi

Perabot yang paling penting dan utama dalam bilik tidur adalah katil. Pemilihan rekabentuk katil yang betul, adalah pemulaan idea tema dekorasi dalam membuat pembelian perabot yang lain untuk melengkapkannya.

Dalam bab ini juga, dikongsikan bagaimana untuk membeli tilam yang sesuai untuk anda kerana satu pertiga daripada hidup kita dihabiskan dengan tidur. Oleh itu, memilih tilam yang baik amat penting kerana kualiti tidur dan kesihatan kita bergantung padanya.

BAB 6 : Perabot Kayu

Dalam bab ini, terdapat beberapa soalan yang perlu difikirkan sebelum membeli perabot buatan kayu.

Selain itu, dikongsikan juga bagaimana mengetahui perabot kayu yang berkualiti.

BAB 7 : Perabot Home Office 10 Langkah

Sudah menjadi trend bekerja dari rumah atau konsep Small Office Home Office (SOHO) di
negara-negara maju. Kini, Malaysia adalah sebahagiannya, disebabkan perkembangan pesat ICT kita dan peluang pekerjaan yang boleh dilakukan di rumah. 

Bab ini menerangkan sepuluh langkah yang perlu diambil apabila membeli perabot untuk bilik/ tempat anda bekerja di rumah. Kesilapan dalam membeli, mengakibatkan anda bakal mendapat kecederaan dan produktiviti boleh menurun.

BAB 8 : Perabot Outdoor

Ruang balkoni atau ruang laman di kediaman anda, pastikan ia digunakan sepenuhnya. Rugi jika dibiarkan kosong atau tidak dijaga. Bab ini memberikan anda idea memilih perabot outdoor yang betul, kerana perabot outdoor direka untuk kegunaan luar dan tahan lasak kepada cuaca.

BAB 9 : Perabot Kanak-Kanak, Mereka Suka !

Dalam bab ini, membantu ibubapa bagaimana membeli perabot untuk anak-anak. Apa yang penting dalam membuat pembelian perabot untuk kanak-kanak adalah keselamatan.

BAB 10 : Aksesori Dekorasi

Selain perabot, aksesori merupakan pelengkap dan sentuhan terakhir dalam menghiasi kediaman anda. Bab ini menunjukkan tip bagaimana memilih aksesori dekorasi.

BAB 11 : Teknologi Memudahkan Kerja

Menurut statistik AC Nielsen dengan kerjasama Paypal, pada tahun 2010, 1.1 juta rakyat Malaysia
berbelanja secara online
. Bab ini, akan membantu anda bagaimana ciri-ciri selamat yang terdapat
pada website sebelum kita yakin membelinya secara online.

BAB 12 : Inspirasi Tema Dekorasi

Dalam bab ini, menunjukkan cara bagaimana mendapat idea inspirasi untuk dekorasi anda. Supaya mudah untuk membeli perabot yang secocok dengan tema.

BAB 13 : Kenali Jenis Fabrik

Dalam bab ini, anda akan didedahkan aneka jenis fabrik yang terdapat pada perabot dan apa sifat-sifat fabrik tersebut.

BAB 14 : SALE ! Perabot Jualan Murah

Membeli perabot ketika jualan  murah bukan mudah, berbanding ketika membeli barangan lain seperti baju. Dalam bab ini, akan diterangkan bagaimana anda boleh mengambil  kesempatan ketika jualan murah!

BAB 15 : Perabot Terpakai Masih Dipakai

Perabot yang mengalami kerosakkan atau sudah teruk rupa luarannya masih lagi boleh dibaiki dan dicantikkan.

Dalam bab ini anda akan didedahkan bagaimana untuk menentukan nilai perabot terpakai. Harga yang sesuai dan bagaimana untuk menjualnya.

Tempah ebook ini di DekoPerabot





March 11, 2011

Konsep untuk ebook ke 4 ?

konsep untuk ebook ke 4

idea dalam kepala
ebook pasal warna
ebook pasal clutter
ebook pasal ketenangan ruang hias
ebook pasal furniture arragement
ebook pasal sketches

ebook percuma boleh download di sini
http://www.alamdesign.com/download/10tipmudahwarnaAD.pdf

February 1, 2011

Panduan Perabot ecover design

Siap menghasilkan design ecover ebook.
Panduan Perabot - Bagaimana Memilih dan Membeli Perabot Berkualiti.

June 21, 2010

Ebook pertama saya Panduan Dekorasi

Hi, Saya telah menghasilan ebook pertama saya iaitu panduan dekorasi. Iaitu panduan dan tip-tip dekorasi untuk kediaman kecil seperti flat, pangsapuri dan apartment atau condominium. Sila layari di PanduanDekorasi.com




Tidak lupa juga beserta bonus-bonus hebat seperti dibawah iaitu 101 Idea Warna Dalam Hiasan Rumah, 10 Panduan Dekorasi Bajet dan Inspirasi Dekorasi. Idea-idea tambahan untuk memudahkan lagi untuk anda menghiasi kediaman.





Layari Sekarang !

PanduanDekorasi.com